gravatar

Rakaman full match 1st leg dan 2nd leg Malaysia vs Indonesia AFF Suzuki Cup 2010

by shuko

aff suzuki cup 2010 logo

 

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ni. Memandangkan esok akan bermulanya tahun baru, pasti ramai yang akan tidur lewat malam ni ye x? Harap-harap sedara sedari buat perkara yang elok-elok je k. Bila teringatkan tahun baru ni, automatik aku akan teringatkan percikan bunga api dan azam baru. Ye la. Tiap-tiap tahun benda yang sama je kan. Lagipun, dah bagaikan menjadi adat orang ramai akan bertanyakan “apa azam baru anda?”, “malam ni kau nak keluar x?” kepada sedara sedari kan. Pa pe pun, aku nak doakan sedara sedari ni sentiasa sihat wal’afiat dan bertambah maju dalam bidang masing-masing. Mudahan tahun baru ni akan lebih elok dari tahun-tahun yang sebelumnya. Amin.

 

Ooh ya! Berbalik kepada tajuk post/entri di atas, hari ni aku nak share video full match Malaysia vs Indonesia yang menyaksikan pasukan Malaysia berjaya menjuarai kejohanan AFF Suzuki Cup ni buat kali pertama dalam sejarah. Nampaknya pasukan Malaysia mula bangkit sebagai pesaing kuat di Asia Tenggara setelah mengharungi zaman kegelapan yang begitu lama. Syabas Malaysia! Yang penting, satu perubahan yang aku suka ialah semakin ramai orang yang membeli jersey baju Malaysia. Dulu nak beli jersey pun tak nak kan, apatah lagi nak ke stadium. (^_^)





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Buat email palsu atau sementara menggunakan temporary email

by shuko

temporary email

 

Salam sejahtera semua! Harap semua sihat-sihat belaka la ye. Cuti semester ni, aku banyak habiskan masa dengan bermain game Eve Online. Sebab tu la aku jarang update blog ni. Addicted la katakan. Lagipun, masa cuti ni la aku dah jadi malas sedikit. (-_-“) So, untuk mengatasi kemalasan aku yang melampau ni. Aku nak ubatinya dengan kongsikan dengan anda semua satu info yang lama dah aku tangguh punya tangguh punya tangguh iaitu temporary email.

 

Sebelum itu, disini aku nak terangkan apa itu temporary email. Ok.. Secara ringkasnya, temporary email ini ialah email palsu atau email sementara anda. Email-email yang anda buat menggunakan temporary email ini tidak akan kekal lama. Ada yang hanya bertahan 5 minit, 10 minit dan 15 minit ataupun 1 jam. Bergantung pada laman web yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Untuk pengetahuan anda, email-email yang telah dibuat akan disimpan di dalam cookies browser anda. Ianya akan hancur dengan sendirinya mengikut masa yang laman web tersebut telah tetapkan ataupun anda sendiri yang men’delete’ data-data cookies anda.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Ada apa dengan Eve? Adakah seperti game online yang lain?

by shuko

Eve Online

 

Hye all! Salam sejahtera semua! Huh.. Akhirnya tepat pada tarikh 31hb, aku selamat menjawab last paper untuk final exam kali ni. Oo yeah! (^_^) So, apa plan aku time cuti semester kali ni. Aku bercadang nak main Eve Online sepenuh masa. Kehkeh.. Mesti ada yang kat sini tak tau game apa yang aku main ni kan. Kebanyakan yang orang Malaysia selalu main, mestilah World of Warcraft (WoW) a.k.a Dota kan ataupun Counter Strike (game yang dah lama tapi masih ada peminatnya tersendiri). Betul tak?

 

So, untuk kali ni aku nak ceritakan sedikit pengalaman aku selama sebulan aku bermain game Eve Online ni la ye. Mana tau ada yang teringin nak try game ni nanti. Boleh la join Corporation (persatuan) sama dengan aku. Hee.. Sebelum tu, aku nak bagitau yang game ni tak seperti game online yang lain. Aku jamin 10 minit pertama korang main game ni, korang akan blur. Tu kira bernasib baik la kalau 10 minit je korang blur. Contoh kalau macam aku, 2 hari baru aku tau nak buat apa. Tu pun sebab ada orang yang tolong. (-_-“)





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Panggilan percuma beberapa minit setiap hari menggunakan Tuitalk

by shuko

Tuitalk Logo

 

Salam sejahtera semua! Lama dah aku tak update blog lantakos ni ye. Agak janggal rasa time aku taip sesuatu kat keyboard ni. Memandangkan semalam cabaran negara Malaysia kat Piala Thomas dah berakhir, aku rasa ramai yang bersedih time ni. Biasa la tu kan. Orang cakap, menang kalah memang dah adat permainan. Tapi, kalau boleh kita nak negara kita menang la kan. Ok, kita cerita pasal lain pulak k. Kita cuba 4 tahun yang akan datang pulak.

 

Sejak beberapa hari ni, pengunjung blog ni kebanyakannya datang dari luar Malaysia. Tak lain tak bukan, sebab nak tengok Piala Thomas secara live a.k.a streaming. Jadi, ada baiknya aku kongsikan satu software yang berguna untuk tuan-tuan dan puan-puan yang berada kat luar negara ni ye. Nama software ni adalah Tuitalk.

 

Anda boleh download software ni kat sini. Tuitalk Download





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Jom tengok TV secara online menggunakan Readon TV Player

by shuko

TV Readon Player Software

 

Salam dari aku kepada semua pelawat-pelawat setia blog ni. Harap ada la pengunjung setia blog ni ye. Kehkeh.. Hari ni seperti yang tidak dijanjikan, aku ingin kongsikan kepada tuan puan semua satu software yang amat berguna bagi sesiapa yang ingin melihat siaran televisyen secara streaming. By the way, aku dah lama nak post pasal ni. Tapi disebabkan energy aku masih low sampai sekarang, so terpaksa ditangguhkan sampai la ke hari ni. Alhamdulillah dapat jugak aku post pasal software ni. (^_^)

 

Sepanjang aku mengetest banyak software TV kat internet, akhirnya aku terjumpa software Readon yang pada pandangan aku adalah terbaik setakat ni. Tapi, kalau korang rasa nak kongsikan software TV lain yang lebih baik dari ni, boleh la kongsikan kat bahagian komen k. Sharing bermakna ‘you love me’. Kehkeh.. Gurau je.

 

Tuan puan boleh download software ni kat sini: Download Readon Player 





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Tag! Siapa diri saya?

by shuko

tag_youre_it

 

Salam semua. Hari ni aku nak bayar hutang tag yang orang bagi kat aku dulu. Xpe kan. Esok lusa nanti aku sharing info-info pasal IT pulak k. Buat masa ni aku penat ckit. So, tak ada energy nak buat entri pasal IT. Kehkeh.. Sebenarnya aku sedang dilanda mood kemalasan yang amat sangat. Slow-slow nanti datang la mood blogging tu kan. Aku dapat tag ni dari blog cik si kening tebal. Blog yang penuh dengan dunia pink nya. Entah la naper perempuan banyak suka warna pink. Cute ke warna pink? Aku suka warna hijau & biru. Ok tak? Sebab tu la blog ni penuh dengan dunia biru nya. Huhu.. Cukup la sampai sini pengenalan k. Jom kita tengok soalan tag yang dia bagi kat aku.

 

1. Siapakah diri anda di rumah?

Seorang suri rumah. Tolong masak-masak kat dapur. Confirm korang xcaye kan. Dan satu lagi, seorang penidur. zZZ.. Huhu..





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Hari bersejarah untuk blog Lantakos

by shuko

www.lantakos.com

 

Salam kepada semua pengunjung blog ni. Hari ni telah tertulis & termaktub dalam lipatan sejarah blog ni kerana dengan secara rasminya blog ni telah selamat mempunyai domain sendiri iaitu dari blogspot ke domain (dot) com. Waa.. dah ada domain sendiri akhirnya blog ni. Dah lama aku mengidam nak ada domain sendiri ni. Kehkeh.. Nampak lebih standard la sekarang kan? Cuma penulisan aku ni je la kena advance jugak. Baru la sesuai dengan domain dia kan. (^_^)

 

Untuk pengetahuan tuan puan & sedara sedari sekalian, domain www.lantakos.com ni telah dibeli di laman web godaddy iaitu sebuah syarikat online yang termasyhur dalam penjualan hosting & domain. Bagi yang berminat, boleh la beli domain ataupun hosting kat situ ye. Ok.. Kat sini aku nak cite la ckit apa yang berlaku semasa proses pembelian domain ni. Kalau korang nak tau, bukan senang nak beli domain blog ni. Ada je masalah yang berlaku. Pening kepala aku. Hampir pada satu ketika, aku hampir putus asa dari nak beli domain sendiri ni.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Cara buka video yang tidak dapat dimainkan di Winamp

by shuko

winamp logo

 

Assalam kepada semua pengunjung blog ni. Sihat semua? Kalau ada yang batuk-batuk tu, kurang-kurangkan la minum air bergula k. Semoga korang cepat sihat wal a’fiat. Amin. Bagi peminat-peminat Winamp semua, aku ada berita gembira ckit. Ada ke peminat Winamp kat sini. Kehkeh.. Walaupun ramai yang dah tak pakai winamp sekarang, tapi aku tetap setia menggunakannya kalau nak dengar lagu-lagu kegemaran aku. Entahla.. Xde la special sangat pun Winamp ni, ye tak? Xpe. Lain orang, lain selera dia kan. (^_^)

 

Dari mana nak start dulu ek. Bagi aku 5 minit jap. Susah nak ajar orang ni kalau korang nak tau. Huhu.. Kalau silap cakap, nanti orang tak faham.

 

************** Selepas 5 minit sambil minum air syai (teh)**************

 

Ok. Aku start dari pengenalan je k. Berkenaan dengan tajuk post aku kali ni, hari ni aku nak share bagaimana cara tuan-tuan & puan-puan nak munculkan gambar video yang hanya keluarkan bunyi sahaja kat winamp & video yang tak dapat dimainkan kat winamp tapi dapat dimainkan kat Windows Media Player. (masalah-masalah kat atas ni akan berlaku untuk certain kes)





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Salam dari Aku, Kaspersky, ESET & Aqaba

by shuko

ikan zoo

 

Salam semua. Kepala aku pening la hari ni. Nak tido je keje aku. Adeh.. Ok.. Bagi sesiapa yang perasan la kan. Lama dah aku xupdate blog ni ye tak? Aku rasa dalam 3 minggu camtu dah aku xupdate. Tapi, aku salute a.k.a tabik hormat la kat korang yang selalu bukak blog ni dalam tempoh 3 minggu ni. Terharu giler aku. Huhu.. Ingatkan dah xde orang nak ingat kat blog yang tak seberapa ni. (^_^)

 

Post untuk kali ni, aku nak cite pasal personal ckit k. Untuk makluman tuan & puan la kan, sekarang aku dah xpakai kaspersky lagi. Oo yeah! Sekarang kaspersky dah strict giler. Nak cari key pirate dia susah nak mampus. Trick beta pun dah xboleh pakai lagi. Sedih aku. Kaspersky ni la banyak berjasa kat aku. Masa aku jadi mangsa brontoq dulu, antivirus kaspersky yang jadi penyelamat laptop aku. Avast version 4 xboleh harap langsung. Aku mentionkan avast version 4 ye. Version 5 mungkin lebih bagus. Bagi saper-saper yang masih tercari-cari key pirate untuk kaspersky ni. Aku sarankan korang tukar la ye. Sebab aku rasa memang xde lagi key pirate dia. Betul x?





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

entri yang akan datang dalam kepala aku

by shuko

Lama dah tak update blog ni. Huhu.. Sekarang aku berada di dalam minggu exam. So, tak ada masa nk update blog ni. Entri kali ni simple je, aku juz nak bagitau entri-entri yang mungkin aku akan post pada masa akan datang.

 

1. email untuk spam

2. software tv

3. list VPN yang best-best (ni tengok la..macam xde mood nak buat)

4. add-on nodofollow

5. panggilan free selama beberapa minit setiap hari

6. jenis-jenis cable (mungkin 2 atau 3 jenis cable je aku letak dalam ni)

7. tutorial cara buat cable sendiri [ni tengok keadaan..penyambung RJ45 (kepala kat hujung LAN cable tu) tinggal ckit je..kalau mood rajin tu datang, insyaAllah ada aku post pasal ni]

 

Ok.. tu je untuk hari ni. Ringkas dan padat. Haha.. Mungkin akan ada perubahan untuk entri-entri aku yang akan datang ni. Contoh, maybe aku akan tambah entri pasal software yang aku minta acapz tolong carikan semalam.

 

Semua entri yang kat atas ni aku tak ada buat draft langsung, sebab aku jenis buat & post pada hari tu gak. Tak suka buat draft-draft ni. Sebab tu la blog ni jarang update. (^_^)

 

p/s  Doakan aku berjaya untuk exam kali ni k. tQ.. \(^_^)/





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Convert video dan lagu menggunakan perisian Super

by shuko

Super Logo

 

Salam kepada semua pengunjung blog ni. Semoga korang semua sihat-sihat selalu. Kalau tak sihat, makan ubat k. Setiap penyakit ada penawarnya kan. Ok.. Hari ni aku nak share ckit pasal converter k. Aku syorkan korang yang suka convert-convert video & lagu ni supaya menggunakan software Super keluaran eRightSoft ni. Pada pendapat aku, software Super ni adalah converter terbaik yang pernah aku cuba. Hope korang pun camtu juga k. (^_^)

 

Kelebihan software Super ni, korang boleh convert video ataupun lagu korang ke mp3, mp4, 3gp, mov, flv, mkv, avi & banyak lagi. Tak dapat aku nak list banyak-banyak kat sini. Huhu.. Di bawah ni nanti, aku akan tunjukkan cara-cara menggunakan software Super ni k. Diharap tunjuk ajar yang aku bagi nanti akan memudahkan korang yang baru mencuba software ni.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Surat dari Syaitan untuk Mu

by shuko

api

 

Salam sejahtera semua. Selalunya aku share pasal IT kan, tapi hari ni aku nak tukar mood ckit. Aku nak share pasal agama pulak (^_^). Korang tak kesahkan? Sekali sekala je. Bagi insaf ckit bagi sesiapa yang baca entri kali ni. Hehe. Ok.. Kat bawah ni ada satu surat yang aku dapat masa aku main kat Tagged dulu-dulu. Awal tahun 2009 camtu la. Lepas aku dapat surat ni, aku terus simpan kat dalam laptop aku & tak pernah forward kat saper-saper pun. Jahat gak aku ni ek.

 

Selepas korang baca catatan kat hujung surat ni baru korang tau kenapa aku bagitau aku jahat (+_+). Surat ni akan membuat kepala otak korang semua jadi pusing & pening kalau ada saper-saper yang amik kesah pasal catatan tu. Hehe.. Terpulang pada korang k. Aku dah ubah ckit surat ni supaya korang faham sebab asal die dalam bahasa indonesia.

 

(Sebelum baca surat ni, pastikan korang imagine yang surat ni betul-betul ditulis oleh syaitan untuk korang k)





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Hack Mac address anda dengan Mac Makeup

by shuko

Salam semua. Hi all!! Ok. Hari ni aku nak share pasal hacking ckit. Aku juz share apa yang aku tau je k. Tak pandai sangat hacking-hacking ni. Tunggu ada tok guru yang nak ajar aku nanti (^_^). Sebelum aku nak cerita lebih kat bawah ni, aku nak bagitau ckit. AC Milan kalah semalam. Ok. Sekian (+_+).

 

1stly, aku nak terang kebaikan korang hack Mac address kat PC korang. Bagi sesiapa yang pernah pakai VPN Hotspot Shield untuk bypass laman web kat internet, pernah tak korang kena pulling option ataupun disconnect je memanjang? Dan satu lagi, aku rasa Hotspot Shield ni ada limit brandwidth die. Ye tak? Sebab semakin lama aku pakai, masa nak load page laman web tu makin panjang. Maknanya internet semakin slow la, tapi kalau tak pakai Hotspot Shield ni laju pulak internet.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Jom buat video tutorial atau Vlog menggunakan Tipcam

by shuko

utipu tipcam

Salam sejahtera semua. Hari ni aku nak share ckit info yang berguna untuk korang k. (dah dapat pahala ckit dah hari ni..hee..) Tapi, sebelum tu aku nak bagitau ckit, maybe lepas ni aku akan jarang update blog. Tangan sebelah kanan aku ni dah kembang-kembang kebiruan dah. Bukan sebab selalu chatting atau bergusti ke, tapi sebab cuaca kat sini sejuk sangat-sangat. Mudahan dosa-dosa kecil aku terampun lepas ni. Amin.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Jom buat komik strip dengan Toondoo

by shuko

 

 

Salam semua. Hari ni aku nak share pasal seni ckit. Aku tak ade ar bakat dalam seni ni, juz nak kongsi-kongsi ilmu kat korang semua. Ilmu tak boleh simpan sorang kan. Nanti dapat dosa. Hehe.. Lama dah aku nak share benda ni kat korang, but aku tak ingat pulak link die. Nasib baik aku jumpa balik hari ni. So, aku cepat-cepat ar publish untuk tatapan korang. Takut nanti lupa balik kang. Maklum la.. Makin hari makin tua. Ok.. Bagi sesiapa yang minat pasal komik strip ni ataupun baru berjinak-jinak dengan dunia komik strip, aku syorkan korang test benda ni pulak.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

11 extension yang akan membuatkan anda jatuh hati dengan Google Chrome

by shuko

google chrome logo

 

Salam sejahtera semua. Aku baru tau yang google chrome sekarang ni dah dilengkapi extension yang mirip dengan add-on bagi browser firefox. Kalau firefox ada add-on, google chrome pulak ada extension. Nampak la persaingan diorang. Sekarang aku dah rasa best la pulak pakai google chrome. Sebab chrome pun mesra pengguna macam firefox gak. Tapi, aku baru tau minggu ni. Ni dikire ketinggalan zaman la kan. Tak pe. Biasa la tu. Tak semua kita mesti tau awal kan. Sebab setiap manusia ada kekurangan. So, tiada manusia yang sempurna. Akui la kelemahan kita (^_^). Ok..Berbalik dengan kisah extension ni, aku dah try test 11 extension yang akan membuatkan anda akan jatuh hati a.k.a cinta dengan google chrome ni. Anda boleh test satu persatu kat bawah ni. Best tau.. Serius.. Kehkehkeh.. (untuk aku ler..kalau korang aku xtau)





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Lain-lain TV dari negara Malaysia

by shuko

Channel kat bawah ni aku baru jumpa. Setakat ni, tv yang ni je ada selain dari TV1, TV2, TV3. Kalau ada channel lain yang best-best bagitau k kat bahagian komen.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Huh.. Mozilla Firefox update lagi

by shuko

mozilla firefox 3.6

 

Salam semua.. 2 hari yang lepas aku baru je update mozilla firefox aku. Dah release dah version yang baru. Version 3.6 punye. Mantap la firefox baru ni. Jom kite tengok ciri-ciri firefox 3.6 kat bawah ni. Banyak pembaharuan yang diorang dah buat.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

TV Online Streaming

by shuko

Hari ni aku bosan sikit. So, aku buat ruangan ni khas untuk siapa yang minat untuk menonton tv secara streaming a.k.a online. Buat masa ni, channel ni je yg ade. Siapa-siapa yang nak kongsi channel lain yang best, bagitau aku kat bahagian komen k. Jangan segan-segan pulak (^_^). Nanti aku masukkan kat sini. Hope you’ll enjoy it!!





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Tutorial streaming sopcast channel melalui mozilla firefox (dan google chrome: updated)

by shuko

Bagi peminat-peminat streaming secara online (contohnya macam aku) yang selalu melihat channel bola ataupun movie menggunakan sopcast web player, aku ade berita gembira sikit. Sekarang korang tak payah pakai Internet Explorer (IE) untuk tengok semua ni. Setelah aku letih mengerah keringat mencari kat google, akhirnya aku jumpe gak cara nak streaming sopcast channel menggunakan mozilla firefox. Sekarang korang dah boleh say no!! to IE. Tapi ni untuk mozilla firefox je k. Bagi pengguna google chrome, aku mintak maaf banyak-banyak. Nanti kalau ade saper-saper yang tau cara streaming menggunakan google chrome, kongsi kat bahagian komen k. Aku tak tau camne nak buat. Penat dah aku cari. (updated: dah jumpa cara untuk pengguna google chrome)





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Channel TV Online from Sopcast

by shuko

Channel ni aku amik dari sopcast. Korang tengok la channel mane yang berkenan di dalam hati. Banyak channel dalam tu. Contoh: AXN, Star Movie, Cinemax. Saper-saper yang tau ID channel sopcast lain yang best, bagitau kat bahagian komen k. Dapat kite share ramai-ramai.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

TV3 Malaysia Online Streaming

by shuko

Bagi sesiapa yang ada server TV3 Malaysia lain yang lebih ringan. Bagitau aku kat bahagian komen k. Nanti aku tambah kat bawah ni. Kalau yang satu tu down, dapat tengok pakai yang lain.

Updated: Server-server di bawah ni offline je memanjang kebelakangan ini. Bagi memudahkan pengunjung-pengunjung blog ni, aku letakkan note ni supaya korang tahu yang server-server ni tak boleh diguna sekarang. Kalau dah boleh guna balik nanti, roger-roger aku ok. Sebab aku letih nak check tiap-tiap hari.

Updated: Server 1 & 2 sahaja yang masih berfungsi.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

TV2 Malaysia Online Streaming

by shuko

 

Update: Server TV2 kat bawah ni aku dah buang. Ada masalah ckit. Korang boleh pakai alternatif lain k. Contoh macam menggunakan software Readon Player.

 

 

Server 1

 

Klik butang play untuk streaming. Aku disablekan Autoplay.

 

 

Server 2

 

Sumber: Paloh

Klik butang play untuk streaming. Aku disablekan Autoplay.

Install plugin ini dahulu. (Mediafire)

 

 

TV Bola Live Streaming

 

 

 

TV Malaysia yang lain

 

TV1 Malaysia Online Streaming

TV3 Malaysia Online Streaming

 Lain-lain TV dari negara Malaysia

 

 

TV dari negara lain

 

Channel TV Online from Sopcast





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

TV1 Malaysia Online Streaming

by shuko

Bagi sesiapa yang ada server TV1 Malaysia lain yang lebih ringan. Bagitau aku kat bahagian komen k. Nanti aku tambah kat bawah ni. Kalau yang satu tu down, dapat tengok pakai yang lain.

 

Update: Server TV1 kat bawah ni aku dah buang. Ada masalah ckit. Korang boleh pakai alternatif lain k. Contoh macam menggunakan software Readon Player.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Koleksi List Enjin Carian Rapidshare, Megaupload, Mediafire dan lain-lain

by shuko

Rapidshare, Mediafire, Megaupload and other site search engines

 

Salam sejahtera semua. Di bawah ni, aku ingin berkongsi list-list enjin carian untuk memudahkan anda semua mencari fail-fail yang terdapat di dalam rapidshare, mediafire, uploading & banyak lagi. Anda explore la kat bawah ni k. Try satu persatu. Hope list kat bawah ni dapat membantu anda. Koleksi kat bawah ni khas untuk para downloader tegar yang gemar mendownload fail-fail dari rapidshare & site-site sharing yang lain. Aku harap anda semua happy k.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Backup data telefon bimbit anda menggunakan perisian MOBILedit!

by shuko

MOBILedit!

 

MOBILedit! adalah perisian yang memberikan anda kemampuan untuk mengawal telefon bimbit melalui PC anda. Setelah anda menyambung telefon bimbit ke PC anda samada melalui kabel, infrared ataupun Bluetooth, anda boleh melihat isi kandungan yang terdapat di dalam telefon bimbit secara langsung melalui PC. Selain itu, anda dapat menghantar mesej SMS atau MMS dan membuat panggilan ke nombor telefon lain menggunakan perisian ni. Dengan beberapa klik, anda dapat backup semua data di dalam telefon bimbit anda ke dalam PC ataupun memindahkannya ke dalam telefon bimbit yang lain.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Menghantar fail yang besar melalui email atau skype menggunakan perisian Pando

by shuko

Pando Logo

 

Salam sejahtera kepada pengunjung-pengunjung blog ini, pada kali ini aku ingin berkongsi sedikit dengan anda semua satu software yang dapat membantu anda untuk menghantar fail-fail yang bersaiz besar melalui email atau skype kepada kawan-kawan anda. Limit saiz yang boleh dihantar melalui software ini adalah sehinggga 1GB (cukup untuk satu movie bersaiz 700MB). Kelebihan menggunakan perisian ini akan diterangkan kat bawah ni.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Mari kita sama-sama menjayakan Kempen Ribbon Blogger - We Care untuk membantu En. Megat

by shuko

Kempen Ribbon Blogger - We Care 

Salam kepada pengunjung-pengunjung blog ini, ini adalah satu entri khas bagi menjayakan Kempen Ribbon Blogger - We Care. Bagi sesiapa yang belum mengetahui kempen ini, silalah baca untuk mengetahuinya lebih lanjut & kalau boleh, marilah kita bersama-sama menjayakannya. Kempen ini diadakan bagi membantu meringankan penderitaan saudara En. Megat serta keluarganya. Anda boleh ikuti kisah penderitaan En. Megat di dalam entri beliau Tangisan Aku, Isteri Dan Anak-Anak.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Luahan Mohon Maaf kepada yang saya sanjungi

by shuko

 .





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Thankz Cybernetic88 kerana tolong buatkan Software Sembunyikan Fail di dalam Gambar

by shuko

Hari ni aku gembira sangat-sangat. Hehe.. Sebab 1st time aku request software kat orang. Kepada geng-geng blogger mesti tahu kan siapa si pembuat software ni. Kalau tak tahu, nickname dia cybernetic88 @ acapz. Programmer budak melayu yang disegani (^_^). Jadi di bawah nanti aku nak buat tutorial cara-cara penggunaannya. Harap acapz tak kesah la ek.

 

Satu lagi, kepada geng-geng blogger yang tak tahu siapa yang buat software ping old entry untuk gengblogger, cybernetic88 la yang buatkan. Jangan lupa untuk ucap terima kasih kat dia lepas ni ye. Dia sedih sebab orang pakai tapi tak tahu siapa yang buatkan. Oppss..sorry terlepas. Hehe.. Dan satu lagi software yang aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kat dia adalah sofware Malaysian Radio! V3. Aku masih dapat dengar radio kat Malaysia walaupun aku di perantauan. Kalau dah ade V4, jangan lupa bagitau k cybernetic88 @ acapz.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Selamat tinggal Dunia Blogger!! Aku nak g study!! Rindu korang semua!

by shuko

study cartoon

 

Hye semua! Aku ade soalan sedikit. Aku nak berhenti dari blogging boleh tak? Aku nak fokus dengan study aku jap. Rasa macam tak pernah bukak buku je sejak aku berblogging ni. Haha.. Lalai2.. Takut pulak failed time exam nanti. Ade cadangan tak? Berhenti kejap ke selama-lamanya?





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Nak boikot barangan Israel tapi macam tak terdaya

by shuko

boycott israel

 

Sebelum aku cerita kat bawah ni, aku nak mohon ampun kalau ada tersilap kata k. Tegur-tegur la kalau ada silap & salah. Cerita yang aku tulis kat bawah ni adalah kitaran hidup aku yang susah untuk aku hindari. Macam buluh yang tak dapat nak dilenturkan & susah nak dipatahkan. Yess, aku nak cerita la kitaran-kitaran hidup aku yang tak jauh dari sebahagian barangan-barangan Israel. Nak boikot tapi realitinya?





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Uninstall program di dalam pc menggunakan Revo Uninstaller

by shuko

Revo Uninstaller

Pada kali ni, aku nak berkongsi dengan korang semua satu software yang amat berguna untuk kesihatan pc korang (^_^). Bagi sesiapa yang ingin uninstall program-program di dalam pc tanpa mahu meninggalkan sisa-sisa nya di dalam registry, digalakkan untuk mencuba software ni. Terutama aku cadangkan kepada sesiapa yang ingin menukar antivirus di dalam pc korang kepada kaspersky. Sebabnya ada sesetengah kes, kaspersky akan detect korang masih lagi menggunakan antivirus lain walaupun korang dah uninstall antivirus tersebut. So, korang tak dapat install kaspersky kan. Betul tak?





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Jom guna Windows Live Writer untuk post entri baru anda

by shuko

Windows Live Writer

 

Kali ni aku nak promote sedikit Windows Live Writer (WLW), satu software yang memudahkan anda untuk berblogging hasil ciptaan microsoft. Aku mula menggunakan WLW ni sejak post aku yang Blogosphere hari tu. Senang digunakan berbanding menggunakan dashboard Blogger untuk post entri-entri yang baru. Lagipun WLW ni support banyak plugin. So, ia memang memudahkan untuk anda membuat table atau background post. Tidak lagi perlu bersusah-payah untuk anda mencari kod-kod HTML yang menyusahkan.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Mari jawab soalan A-Level yang memeningkan kepala

by shuko

Soalan A-Level

 

Haa.. Soalan ni aku jumpa time aku search kat google image. Memang best la soalan ni. Mencabar. Nampak je senang. Tapi, sampai pening kepala aku semata-mata nak dapatkan jawapannya (^_^). Tengok-tengok balik kat atas tu, jabatan pendidikan Ireland yang buatkan. Laa.. Kalau soalan macam ni ada kat kertas SPM. Confirm ramai yang tak dapat jawab. Betul tak? Mesti ramai yang menangis kan.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Blogosphere

by shuko

Di dalam ruangan ni, aku telah khaskan untuk link-link blog yang telah meninggalkan komen kat post-post aku yang terdahulu. Ini salah satu cara aku untuk mengucapkan terima kasih kembali kepada mereka yang sudi memberi komen kat post-post aku. Kalau anda berminat untuk melihat link blog anda diletakkan di sini, sila tinggalkan komen anda kat dalam post-post aku k. Aku akan linkkan selepas itu. Harap maklum.

# Updated: Link akan dihadkan untuk mereka yang selalu memberi komen bagi mengelakkan google penalty / ‘over optimize’ (ni xpasti..tapi sebagai langkah berjaga-jaga).





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :