gravatar

Cara buka video yang tidak dapat dimainkan di Winamp

by shuko

winamp logo

 

Assalam kepada semua pengunjung blog ni. Sihat semua? Kalau ada yang batuk-batuk tu, kurang-kurangkan la minum air bergula k. Semoga korang cepat sihat wal a’fiat. Amin. Bagi peminat-peminat Winamp semua, aku ada berita gembira ckit. Ada ke peminat Winamp kat sini. Kehkeh.. Walaupun ramai yang dah tak pakai winamp sekarang, tapi aku tetap setia menggunakannya kalau nak dengar lagu-lagu kegemaran aku. Entahla.. Xde la special sangat pun Winamp ni, ye tak? Xpe. Lain orang, lain selera dia kan. (^_^)

 

Dari mana nak start dulu ek. Bagi aku 5 minit jap. Susah nak ajar orang ni kalau korang nak tau. Huhu.. Kalau silap cakap, nanti orang tak faham.

 

************** Selepas 5 minit sambil minum air syai (teh)**************

 

Ok. Aku start dari pengenalan je k. Berkenaan dengan tajuk post aku kali ni, hari ni aku nak share bagaimana cara tuan-tuan & puan-puan nak munculkan gambar video yang hanya keluarkan bunyi sahaja kat winamp & video yang tak dapat dimainkan kat winamp tapi dapat dimainkan kat Windows Media Player. (masalah-masalah kat atas ni akan berlaku untuk certain kes)

 

Sebelum kita memulakan sesi pembelajaran, korang semua digalakkan untuk install K-Lite Codec terlebih dahulu. Dan bagi yang dah install tapi codec dia belum latest (sekarang version 5.8.3), sila update codec dia kat laman web codec guide k. (Klik sini untuk download K-Lite Codec Pack Update 5.8.3)

 

Ok. Kalau dah settle bahagian kat atas ni, kita mulakan proses operate a.k.a modify winamp korang k. Untuk sesi pengajaran kali ni, aku pakai video klip ‘Cinta Antara Kita’ yang berformatkan mp4 untuk contoh kali ni. Aku pakai video klip ni sebab winamp aku tak dapat nak keluarkan gambar video yang berformatkan mp4. Juz dapat dengar bunyi je.

winamp

 Kat atas ni, bunyi dia ada. Tapi, gambar video dia xkeluar. 

 

 

Step 1: Sila bukak winamp anda dan pergi ke preferences dia k. Tekan Ctrl+P untuk shortcut dia.

 

preferences winamp

 

 

Step 2: Lepas tu, pergi ke Input. Dia terletak kat bawah Plug-ins.

 

Plug-ins Input Winamp

 

 

Step 3: Cari Nullsoft DirectShow Decoder v1.06 [in_dshow.dll] & double click benda tu.

 

Directshow decoder winamp

 

 

Step 4: Ok. Di sini korang akan nampak default dia adalah MPG;MPEG;M2V;AVI. Korang juz tambah format video yang korang tak dapat bukak tadi kat situ & klik OK. Contoh: MPG;MPEG;M2V;AVI;MP4 Sekarang korang dah faham kan? Di sini aku nak bagi list format video yang aku dah tambah kat winamp aku untuk memudahkan korang. Copy la kalau nak k. MPG;MPEG;M2V;AVI;FLV;DAT;MKV;MP4;WMV;3GP;MOV;IFO;VOB

 

default decoder winamp

 

Tambah format yang korang nak selepas format AVI tu. Contoh: ;MP4

 

modify decoder winamp

 

 

Step 5: Bukak la video yang korang tak dapat bukak tadi. Check keluar tak video dia.

 

how to show video in winamp

Sebenarnya ada keluar video kat bahagian hitam tu. Tapi, aku xdapat print screen video dia.

 

p/s Kalau tak dapat jugak, aku rasa memang winamp tak dapat bukak video tu. Try bukak video yang lain pulak k.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :