gravatar

Salam dari Aku, Kaspersky, ESET & Aqaba

by shuko

ikan zoo

 

Salam semua. Kepala aku pening la hari ni. Nak tido je keje aku. Adeh.. Ok.. Bagi sesiapa yang perasan la kan. Lama dah aku xupdate blog ni ye tak? Aku rasa dalam 3 minggu camtu dah aku xupdate. Tapi, aku salute a.k.a tabik hormat la kat korang yang selalu bukak blog ni dalam tempoh 3 minggu ni. Terharu giler aku. Huhu.. Ingatkan dah xde orang nak ingat kat blog yang tak seberapa ni. (^_^)

 

Post untuk kali ni, aku nak cite pasal personal ckit k. Untuk makluman tuan & puan la kan, sekarang aku dah xpakai kaspersky lagi. Oo yeah! Sekarang kaspersky dah strict giler. Nak cari key pirate dia susah nak mampus. Trick beta pun dah xboleh pakai lagi. Sedih aku. Kaspersky ni la banyak berjasa kat aku. Masa aku jadi mangsa brontoq dulu, antivirus kaspersky yang jadi penyelamat laptop aku. Avast version 4 xboleh harap langsung. Aku mentionkan avast version 4 ye. Version 5 mungkin lebih bagus. Bagi saper-saper yang masih tercari-cari key pirate untuk kaspersky ni. Aku sarankan korang tukar la ye. Sebab aku rasa memang xde lagi key pirate dia. Betul x?

 

Saper-saper yang nak tukar antivirus tu, aku syorkan pakai ESET Smart Security. Antara sebab aku syorkan kat korang ESET ni, dia dapat detect adware yang ada dalam Hotspot Shield aku. Aku xpasti la samada dia false positive atau memang betul-betul adware. Tapi, kalau memang betul la Hotspot Shield aku ni ada adware, pakai la ESET ye. Hehe.. (“^.^)

Kalau nak cari key dia. Search ESET Nod32 Keys Finder atau Eset Special Key Finder kat google k. Aku pakai software ni kalau nak cari key dia.

 

Ok.. Kite tutup pasal IT ni k. Nanti kite bincang kat bahagian komen ye. Sepanjang aku menghilangkan diri dari dunia blog ni, banyak perkara yang berlaku seyh. Tapi, ckit je yang aku nak bagitau kat korang. 1stly, hari tu kaki perempuan arab kene gilis oleh tayar bas time aku balik dari universiti. Kesian kat dia. 2nd pulak, aku pergi melancong kat Aqaba. Sila tanya google kalau nak tau kat mana tempat ni ye. Hee.. Masa aku kat Aqaba ni la aku nak cite kat korang. Bagi aku, ni la antara salah satu pengalaman yang manis & indah dalam album hidup aku. Malam selepas aku sampai kat sana, aku & 2 orang lagi kawan aku pergi sewa basikal. Malam tu la kitorang racing ramai-ramai. Huhu. Racing pakai basikal. Haha.. Habis kitorang pusing satu pantai & keliling satu pasar. Best giler. Rasa bandar tu aku yang punye. Kehkeh..

 

geng basikal

 Geng basikal.. (^_^)

 

And then, pagi keesokan harinya dengan mata yang bengkak xcukup rehat. Kitorang naik bot kayuh. Bot yang kayuh pakai kaki tu. Aku xtau ape nama bot tu, tapi aku gelar ‘bot kayuh’ je la k. Untuk makluman korang kan, pantai Aqaba ni berhadapan dengan tanah jajahan Israel. Korang nak tengok perempuan yahudi mandi-manda kat seberang pantai pun boleh. Dekat je. Huhu.. Aku tipu je. Xde la nampak diorang mandi-manda kat sana. Juz nampak bandar diorang je la dari pantai Aqaba ni. Xsilap aku la kan, kalau kitorang kayuh bot tu masuk ke sempadan laut tanah jajahan Israel ni. Kitorang akan kene hukuman tembak. Betul ke x aku xtau. Aku juz dengar dari mulut orang lain. Mungkin ada benarnya jugak.

 

bot kayuh

Kayuh sampai penat.. 

 

 Pemandangan pantai Aqaba dari tengah laut

 Pemandangan pantai Aqaba dari tengah laut

 

Satu lagi, lama dah xmakan aiskrim sundae. Sedap woo. Haha..

 

sundae

 Sundae.. (^_^)

 

Cukup sampai sini je la entri untuk kali ni k. Tapi aku ada satu soalan untuk korang. Saper yang pernah tersesat ke blog ni melalui google atau dari blog lain? Jangan segan nak bagitau k. Saje je nak tau. Mane tau kite boleh berkenalan. Satu lagi, kalau ada pa pe masalah, tanya je k. Aku akan try tolong semampu yang boleh. Mana tau aku dapat tolong settle problem korang kan. Sekali sekala korang kene berani ckit untuk bertanya, ye x?

 

p/s Tolong jawab soalan yang ni sekali boleh x? Aku rasa nak buat satu blog khas untuk personal punye la. Tentang kisah hidup dongeng aku kat sini. Tuan-tuan & puan-puan rasa ok x idea aku nak buat blog personal ni? Sila bagi pandangan k. Mekaseh.

Tahniah kat admin-admin blog yang dah ada domain sendiri (dot com & etc). Tunggu ada rezeki lebih nanti, aku nak ada domain sendiri jugak. Maybe 2 atau 3 tahun akan datang. (n_n)





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :