gravatar

Buat email palsu atau sementara menggunakan temporary email

by shuko

temporary email

 

Salam sejahtera semua! Harap semua sihat-sihat belaka la ye. Cuti semester ni, aku banyak habiskan masa dengan bermain game Eve Online. Sebab tu la aku jarang update blog ni. Addicted la katakan. Lagipun, masa cuti ni la aku dah jadi malas sedikit. (-_-“) So, untuk mengatasi kemalasan aku yang melampau ni. Aku nak ubatinya dengan kongsikan dengan anda semua satu info yang lama dah aku tangguh punya tangguh punya tangguh iaitu temporary email.

 

Sebelum itu, disini aku nak terangkan apa itu temporary email. Ok.. Secara ringkasnya, temporary email ini ialah email palsu atau email sementara anda. Email-email yang anda buat menggunakan temporary email ini tidak akan kekal lama. Ada yang hanya bertahan 5 minit, 10 minit dan 15 minit ataupun 1 jam. Bergantung pada laman web yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Untuk pengetahuan anda, email-email yang telah dibuat akan disimpan di dalam cookies browser anda. Ianya akan hancur dengan sendirinya mengikut masa yang laman web tersebut telah tetapkan ataupun anda sendiri yang men’delete’ data-data cookies anda.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Ada apa dengan Eve? Adakah seperti game online yang lain?

by shuko

Eve Online

 

Hye all! Salam sejahtera semua! Huh.. Akhirnya tepat pada tarikh 31hb, aku selamat menjawab last paper untuk final exam kali ni. Oo yeah! (^_^) So, apa plan aku time cuti semester kali ni. Aku bercadang nak main Eve Online sepenuh masa. Kehkeh.. Mesti ada yang kat sini tak tau game apa yang aku main ni kan. Kebanyakan yang orang Malaysia selalu main, mestilah World of Warcraft (WoW) a.k.a Dota kan ataupun Counter Strike (game yang dah lama tapi masih ada peminatnya tersendiri). Betul tak?

 

So, untuk kali ni aku nak ceritakan sedikit pengalaman aku selama sebulan aku bermain game Eve Online ni la ye. Mana tau ada yang teringin nak try game ni nanti. Boleh la join Corporation (persatuan) sama dengan aku. Hee.. Sebelum tu, aku nak bagitau yang game ni tak seperti game online yang lain. Aku jamin 10 minit pertama korang main game ni, korang akan blur. Tu kira bernasib baik la kalau 10 minit je korang blur. Contoh kalau macam aku, 2 hari baru aku tau nak buat apa. Tu pun sebab ada orang yang tolong. (-_-“)





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :