gravatar

11 extension yang akan membuatkan anda jatuh hati dengan Google Chrome

by shuko

google chrome logo

 

Salam sejahtera semua. Aku baru tau yang google chrome sekarang ni dah dilengkapi extension yang mirip dengan add-on bagi browser firefox. Kalau firefox ada add-on, google chrome pulak ada extension. Nampak la persaingan diorang. Sekarang aku dah rasa best la pulak pakai google chrome. Sebab chrome pun mesra pengguna macam firefox gak. Tapi, aku baru tau minggu ni. Ni dikire ketinggalan zaman la kan. Tak pe. Biasa la tu. Tak semua kita mesti tau awal kan. Sebab setiap manusia ada kekurangan. So, tiada manusia yang sempurna. Akui la kelemahan kita (^_^). Ok..Berbalik dengan kisah extension ni, aku dah try test 11 extension yang akan membuatkan anda akan jatuh hati a.k.a cinta dengan google chrome ni. Anda boleh test satu persatu kat bawah ni. Best tau.. Serius.. Kehkehkeh.. (untuk aku ler..kalau korang aku xtau)

 

 

chrome seo

1. Chrome SEO

Memudahkan Search Engine Optimization untuk para blogger. Camner nak terang ek. Aku pakai ni untuk check data blog orang lain. Berapa backlink yang diorang ada, ranking kat alexa, jumlah entri yang diindex kat google dan banyak lagi la. Try la k. (^_^)

 

facebook in google chrome

2. Facebook

Anda dapat menggunakan facebook bila-bila masa selagi menggunakan Google Chrome. Selain itu, ia memudahkan anda untuk chat dengan kawan-kawan walaupun bukan berada di dalam page facebook. Aku minat giler extension ni. Kalau ada notification baru, senang je tau. Tak payah susah-susah nak buka facebook kalau juz nak tau ada notification baru ke tak.

 

urlshortener for google chrome

3. URLShortener

Memendekkan URL dengan mudah dan boleh post secara terus ke dalam twitter kalau nak. Ada banyak servis dalam ni. Contoh: Goo.gl, Bit.ly, Is.gd, TinyURL, YouTu.be (semua ni kena tick kat dalam setting dulu..kalau tak faham camner nak setting die, tanya aku k)

 

google mail checker plus

4. Google Mail Checker Plus

Extension ini memudahkan anda untuk mengetahui jika terdapat email yang baru di dalam inbox anda. Bagus untuk sesiapa yang minat blogwalking atau lepak kat gengblogger atau mana-mana forum. Kalau ada orang komen kat entri anda, senang je tau. Dapat balas dengan segera.

 

nothing page blank in google chrome

5. GooglePreview (by SearchPreview.de)

Extension ni best. Apabila anda search something kat google search, ia akan menunjukkan gambar kecik laman web tersebut (thumbnail) kat tepi sebelah kiri. Extension yang ni lebih laju loading berbanding extension lain yang menawarkan perkhimatan yang sama. Tapi, kalau nak try yang lain pun boleh gak.

 

IE Tab Classic in google chrome

6. IE Tab Classic

Internet Explorer di dalam Google Chrome. Kadang-kadang IE ni penting gak. Contoh kalau nak buka microsoft update, juz dapat buka kat IE je. So, kalau pakai extension ni, anda dapat buka laman web seperti microsoft update kat dalam chrome. Nak tengok movie kat dalam sopcast web player pun kena pakai yang ni. (Sekarang aku dah dapat tengok tv3 dah..hehe)

 

RSS reader

7. RSS Subscription Extension (by Google)

Extension ni akan menunjukkan RSS feed secara automatik kat page yang anda buka. Memudahkan anda untuk subscribe page tersebut walaupun page tersebut tiada butang subscribe.

 

proxy switcher in google chrome

8. ProxyThisPage

Proxy ni untuk bypass page tertentu yang dah diblock oleh universiti atau sekolah. Tapi, proxy ni banyak kelemahan berbanding VPN. So, aku juz pakai ni untuk bypass lmn web sms free. Dapat sms unlimited. (^_^)

 

webpage screenshot screengrab for google chrome

9. Webpage Screenshot

Kalau kat firefox ada screengrab, kat chrome ada webpage screenshot. Extension ni memudahkan anda untuk tangkap seluruh page laman web tersebut. Dari atas sampai la bawah. Penat aku cari, jumpa akhirnya.

 

WOT in google chrome

10. WOT

Web of Trust (WOT) ni untuk keselamatan anda ketika melayari internet. Aku syor pakai benda ni untuk mengelakkan daripada melayari page yang mengandungi malware atau sewaktu dengannya.

 

eye dropper for google chrome

11. Eye Dropper

Bagi yang suka tukar warna template kat blog masing-masing, elok la pakai ni. Ia memudahkan kerja anda. Tapi, aku tak pandai sangat pakai benda alah ni. Maybe sebab aku tiada bakat dalam seni kot.

(-_-')

 

p/s Aku ada tertinggal pa pe extension lain x? Aku tak tau dah extension ape lagi yang best.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

Google Chrome agak baru lagi pada pandangan aku.. Kurang skit extension ataupun module yang ada.. Dah lama skit nanti kompom awesome macam Firefox..

Btw aku still guna Firefox sbagai main browser aku.. Kadang2 jer aku bertukar angin guna Chrome.. Thehehe..

gravatar

same la..tngok angin gak..tp kalau aku nk msg n check email,,cnfirm pakai chrome

gravatar

2 lagi extension untuk twitter.. chrowety n chromebird..

gravatar

ok..nnti aku test k & letak kt atas..tQ ramdzi..

gravatar

wooo. diew dah cari extension baik pnya. haha. tq sharing bro. cantik ni. aku nk guna mane best. hee. tq2

gravatar

hahax..ok bro..sama2..

gravatar

utk twitter de dops?

gravatar

ade,,yg ramdzi bagitau kt atas ni..chromety n chromebird..kalau ade masa,nnti letak kt dlm post ni k..busy study skrg..sorry..