gravatar

Tips Formula Matematik Untuk Mengetahui Kedudukan Halaman Muka Surat Setiap Juzu’

by shuko

al-quran mushaf uthmani

 

 

Salam sejahtera semua! Hari ni semasa aku bosan-bosan melayari internet, aku terjumpa satu tips yang best untuk dikongsi dengan sedara sedari semua. Walaupun tips ni sudah lama diguna pakai oleh sebahagian orang ramai, tetapi ianya adalah sesuatu yang baru bagi aku.

 

Ok. Di sini aku ingin kongsikan dengan sedara sedari, tips atau formula matematik untuk memudahkan anda menghafal kedudukan halaman muka surat Al-Quran bagi setiap Juzu’. Tips ni hanya dapat digunakan untuk Al-Quran Mushaf Uthmani yang standard sahaja.

Credit: CetusanHati

 

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman yang ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan nombor 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah terletak di halaman 82.

 

Sekarang lihat di dalam Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

 

juz 5 al-quran

 

 

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman yang ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan nombor 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182.

 

juz 10 al-quran

 

 

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 24 di halaman yang ke berapa:
24-1 = 23, 23 perlu didarab dengan 2 jadi 23 x 2 = 46
Letakkan nombor 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 24 adalah pada halaman 462.

 

juz 24 al-quran

 

 

Semoga tips ni amat berguna untuk sedara sedari semua. Kalau ada salah dan silap, minta maaf ye. (^_^)

 

p/s Salam Maulidur Rasul semua!





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

Comments (12)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
menarik. saya suka si twit twit ni terbang - terbang :D
My recent post Update terakhir dari Putrajaya Eh- ada update ke sebelum ni
2 replies · active less than 1 minute ago
sama jugak.. ^_^
haiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
samekom pok lamak sik jengok situk..ko apa khabar ? wah best entri baru tok..mun x ingat aku patutlah islam kita memang menggalakan hal kira mengira tok thanks pok
My recent post Berminat nak buat skyscraper untuk profile facebook
1 reply · active 735 weeks ago
salam..ya la..gik pn aku ng jrg update juak..sama2..
menarik
tq for sharing :)
My recent post Emel
Ic. Lain kali senang la nak cari juz. Terima kasih :)
My recent post Kepada Perempuan : Tolonglah Jual Mahal!
pok..link ishakhasimi.com yang ada dekat blog pok tuk buang jak nya, aku sik guna gik blog ya, blog baru aku justrieyn.com
My recent post Video seks menyerupai nikita willy palsu ?
wau ilmu nie..
sng dekatkan diri dengan kitab kita dari ALLAH nie
lama xupdate blog bro
My recent post Sinopsis Vanilla Coklat Lestary Tv3
salam...

Lama sangat tak jenguk kat sini...Sihat ke?

Tips yg sangat2 berguna,,,Akak share boleh? :)
My recent post Melankoli Disember|Sejuta Kemaafan
tak berbalas pun...
:p
My recent post Himpunan bersih 3.0

Post a new comment

Comments by