gravatar

Tips Formula Matematik Untuk Mengetahui Kedudukan Halaman Muka Surat Setiap Juzu’

by shuko

al-quran mushaf uthmani

 

 

Salam sejahtera semua! Hari ni semasa aku bosan-bosan melayari internet, aku terjumpa satu tips yang best untuk dikongsi dengan sedara sedari semua. Walaupun tips ni sudah lama diguna pakai oleh sebahagian orang ramai, tetapi ianya adalah sesuatu yang baru bagi aku.

 

Ok. Di sini aku ingin kongsikan dengan sedara sedari, tips atau formula matematik untuk memudahkan anda menghafal kedudukan halaman muka surat Al-Quran bagi setiap Juzu’. Tips ni hanya dapat digunakan untuk Al-Quran Mushaf Uthmani yang standard sahaja.

Credit: CetusanHati

 

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman yang ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan nombor 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah terletak di halaman 82.

 

Sekarang lihat di dalam Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

 

juz 5 al-quran

 

 

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman yang ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan nombor 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182.

 

juz 10 al-quran

 

 

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 24 di halaman yang ke berapa:
24-1 = 23, 23 perlu didarab dengan 2 jadi 23 x 2 = 46
Letakkan nombor 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 24 adalah pada halaman 462.

 

juz 24 al-quran

 

 

Semoga tips ni amat berguna untuk sedara sedari semua. Kalau ada salah dan silap, minta maaf ye. (^_^)

 

p/s Salam Maulidur Rasul semua!





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :