gravatar

Selenggara laptop untuk menjaga kesihatan dan prestasi sebenar

by shuko

computer mechanic selenggara

 

 

Salam sejahtera semua! Lama dah tak update blog ni sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan. Sudah 3 minggu aku tak ada internet. So, dalam masa 3 minggu ni hidup aku memang penuh dengan aktiviti yang membosankan. Semua pekerjaan yang berkaitan dengan internet terpaksa ditangguhkan. Movie, software, database antivirus dan semua isu-isu semasa termasuklah isu-isu mesir aku tak dapat ikuti secara live. Memang macam ‘katak bawah tempurung’. Tengok-tengok semalam Hosni Mubarak dah letak jawatan. Settle!

 

Sementara internet ni masih ada, aku ambil peluang ni untuk menyarankan sedara sedari agar menyelenggara laptop masing-masing. Ini penting untuk kesihatan dan prestasi laptop anda. Sebab ada seorang kawan bertanyakan masalah laptop nya yang tak dapat main game-game yang menggunakan high graphic. Contoh mudah: Pes 2011, Pes 2010. Disebabkan tidak pernah menyelenggara laptop, keupayaan sebuah laptop yang mempunyai graphic card adalah di bawah paras sebenar. Ok. Bahagian penyelenggaraan ni aku bahagikan kepada dua. Advanced user dan normal user.

 

 

Normal User

 

- Ringankan tangan untuk defragment hard disk anda. Bagi pengguna windows, Disk Defragmenter sudah tersedia khas di dalam system tools. Boleh juga menggunakan software-software defragmenter yang terdapat di internet seperti IObit Smart Defrag.

 

disk defragmenter

Disk Defragmenter yang terdapat di Windows

 

 

- Pastikan anda selalu repair registry setiap kali menggunakan laptop. Tujuannya adalah untuk membaiki registry yang melembabkan laptop dan berpotensi meng’crash’kan windows anda. Terdapat banyak software-software untuk membaiki registry di internet. Contoh: Registry Cleaner, Registry Mechanic, Uniblue RegistryBooster. Semua ni adalah software berbayar, google kat internet untuk mencari crack atau serial key ataupun boleh tanya melalui email kat ruang pertanyaan atau di twitter aku.

 

- Kalau yang rajin tu, buangkan file-file yang dah tak digunakan lagi. Untuk lebih menyenangkan, guna  software seperti CCleaner untuk mengemaskini hard disk anda.

 

 

Advanced User

 

- Bagi yang sudah mahir ataupun ada keberanian untuk membuka isi dalaman laptop masing-masing, digalakkan untuk menggunakan cara ini. Tapi sebelum tu, cuba sedara sedari tiup pakai mulut kat lubang angin laptop masing-masing. Kalau banyak debu-debu yang keluar dari sana, itulah punca kebanyakan laptop cepat panas atau overheated. Satu masalah besar kalau laptop overheated. Processor atau hardware-hardware lain berpontensi besar menghadapi kerosakan yang kekal. Jadi cegahlah awal sebelum terlambat.

 

inside laptop

 Buka bahagian cooler fan dan buang debu-debu yang ada

 

cpu fan

Cooler fan yang dah dibuka dalamannya

 

cooler fan

Masih terdapat sisa-sisa debu yang tertinggal

 

 

- Ada satu lagi cara yang aku hampir terlupa. Bagi yang tak nak atau yang berasa leceh nak buka dalaman laptop, disarankan untuk membeli ‘blower untuk komputer’. Ianya berfungsi untuk sembur debu-debu yang terdapat di dalam lubang-lubang laptop anda dengan angin yang kuat. Harganya aku tak tahu sebab aku pinjam kat kawan hari tu. Nampak macam mahal sedikit.

 

blower computer

Macam ni la rupa blower tersebut

 

p/s Semoga laptop anda sentiasa sihat walafiat.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :