gravatar

Rakaman full match 1st leg dan 2nd leg Malaysia vs Indonesia AFF Suzuki Cup 2010

by shuko

aff suzuki cup 2010 logo

 

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ni. Memandangkan esok akan bermulanya tahun baru, pasti ramai yang akan tidur lewat malam ni ye x? Harap-harap sedara sedari buat perkara yang elok-elok je k. Bila teringatkan tahun baru ni, automatik aku akan teringatkan percikan bunga api dan azam baru. Ye la. Tiap-tiap tahun benda yang sama je kan. Lagipun, dah bagaikan menjadi adat orang ramai akan bertanyakan “apa azam baru anda?”, “malam ni kau nak keluar x?” kepada sedara sedari kan. Pa pe pun, aku nak doakan sedara sedari ni sentiasa sihat wal’afiat dan bertambah maju dalam bidang masing-masing. Mudahan tahun baru ni akan lebih elok dari tahun-tahun yang sebelumnya. Amin.

 

Ooh ya! Berbalik kepada tajuk post/entri di atas, hari ni aku nak share video full match Malaysia vs Indonesia yang menyaksikan pasukan Malaysia berjaya menjuarai kejohanan AFF Suzuki Cup ni buat kali pertama dalam sejarah. Nampaknya pasukan Malaysia mula bangkit sebagai pesaing kuat di Asia Tenggara setelah mengharungi zaman kegelapan yang begitu lama. Syabas Malaysia! Yang penting, satu perubahan yang aku suka ialah semakin ramai orang yang membeli jersey baju Malaysia. Dulu nak beli jersey pun tak nak kan, apatah lagi nak ke stadium. (^_^)

 

Harapan aku pada pasukan bola sepak Malaysia sekarang ni adalah diorang dapat melakar banyak lagi sejarah baru agar nama Malaysia semakin disegani di arena bola sepak. Sekarang ni pun, Rio Ferdinand dah puji team Malaysia. Mana tahu pada masa depan nanti, Cristiano Ronaldo atau Messi pulak yang puji team Malaysia. Kehkeh..

 

Ok. Jom kita tengok rakaman siaran langsung Malaysia vs Indonesia ni. Sebelum tu aku nak bagi credit kat uploader smkmegah yang telah bersusah payah mengupload video-video ni. Simpan la video-video ni untuk koleksi dan kenangan pada masa depan sedara sedari k.

 

Updated: Final Full Match 1st & 2nd Leg Download

 

 

Final 1st Leg di Bukit Jalil, Malaysia (Malaysia 3-0 Indonesia)

 

 

 

 

 

 

 

 

Final 2nd Leg di Gelora Bung Karno, Indonesia (Indonesia 2-1 Malaysia)

 

 

 

 

 

 

 

p/s Aku harap Malaysia akan layak masuk World Cup nanti. Dah bosan dah sokong team lain.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :