gravatar

Buat email palsu atau sementara menggunakan temporary email

by shuko

temporary email

 

Salam sejahtera semua! Harap semua sihat-sihat belaka la ye. Cuti semester ni, aku banyak habiskan masa dengan bermain game Eve Online. Sebab tu la aku jarang update blog ni. Addicted la katakan. Lagipun, masa cuti ni la aku dah jadi malas sedikit. (-_-“) So, untuk mengatasi kemalasan aku yang melampau ni. Aku nak ubatinya dengan kongsikan dengan anda semua satu info yang lama dah aku tangguh punya tangguh punya tangguh iaitu temporary email.

 

Sebelum itu, disini aku nak terangkan apa itu temporary email. Ok.. Secara ringkasnya, temporary email ini ialah email palsu atau email sementara anda. Email-email yang anda buat menggunakan temporary email ini tidak akan kekal lama. Ada yang hanya bertahan 5 minit, 10 minit dan 15 minit ataupun 1 jam. Bergantung pada laman web yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Untuk pengetahuan anda, email-email yang telah dibuat akan disimpan di dalam cookies browser anda. Ianya akan hancur dengan sendirinya mengikut masa yang laman web tersebut telah tetapkan ataupun anda sendiri yang men’delete’ data-data cookies anda.

 

Ok.. Untuk apa kegunaan temporary email ni. Bagi sesiapa yang ingin menjaga privacy email anda dan ingin mengelakkan email anda daripada spammer, ada baiknya sebelum anda mendaftar a.k.a sign up di mana-mana laman web yang anda tidak ingin sertakan sekali alamat email anda yang sebenar, anda digalakkan untuk menggunakan temporary email. Terpulang pada diri anda untuk mempelbagaikan kegunaan temporary email ni k. Tidak semestinya hanya untuk menjaga privacy.

 

Point utama sebab aku kongsikan info ni adalah bagi memudahkan pengguna-pengguna Tuitalk untuk membuat akaun baru. Anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk membuat email yang baru hanya sekadar ingin membuat akaun yang lain. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut pasal Tuitalk, klik link ini. Panggilan percuma beberapa minit setiap hari menggunakan Tuitalk

 

Kat bawah ni, aku akan listkan beberapa laman web yang menawarkan perkhidmatan temporary email ni. Bagi pengguna-pengguna Tuitalk, tidak semua laman web kat bawah ni dapat digunakan untuk membuat akaun yang baru. Sebab utamanya ialah ‘kantoi’ sudah. So, pandai-pandai la cari yang masih boleh dipakai k.

 

 

GuerrillaMail.com

Laman web yang menawarkan email selama 60 minit a.k.a 1 jam.

 

Mailinator – Let them eat spam

Hanya perlu letak username yang anda suka kat kotak kiri & klik Go!

 

myTrashMail.com – Smart email services

Salah satu laman web kesukaan aku.

 

makemetheking.com – Anonymous Email Boxes

Buat anonymous email. Sama seperti yang lain.

 

spamavert.com – Controlling spam the easy way

Untuk mengelakkan diri dari spammer.

 

FilzMail

Anonymous email.

 

tempinbox.com

Satu alias dapat menghasilkan banyak domain.

 

TempEMail.net

Temporary email.

 

Explode Mail

Menawarkan email selama 45 minit.

 

 

Mintak maaf sebab entri kali ni agak ringkas. Akibat lama tak menaip. Kekeringan idea a.k.a mati akal. Yang aku listkan kat atas ni sedikit sahaja. Selebihnya, anda boleh cari kat google k. Rajin-rajinkan diri gerakkan jari-jemari anda. (^_^)

 

 p/s Adakah aku akan beraya di perantauan ataupun di tanah air tercinta?





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :