gravatar

Ada apa dengan Eve? Adakah seperti game online yang lain?

by shuko

Eve Online

 

Hye all! Salam sejahtera semua! Huh.. Akhirnya tepat pada tarikh 31hb, aku selamat menjawab last paper untuk final exam kali ni. Oo yeah! (^_^) So, apa plan aku time cuti semester kali ni. Aku bercadang nak main Eve Online sepenuh masa. Kehkeh.. Mesti ada yang kat sini tak tau game apa yang aku main ni kan. Kebanyakan yang orang Malaysia selalu main, mestilah World of Warcraft (WoW) a.k.a Dota kan ataupun Counter Strike (game yang dah lama tapi masih ada peminatnya tersendiri). Betul tak?

 

So, untuk kali ni aku nak ceritakan sedikit pengalaman aku selama sebulan aku bermain game Eve Online ni la ye. Mana tau ada yang teringin nak try game ni nanti. Boleh la join Corporation (persatuan) sama dengan aku. Hee.. Sebelum tu, aku nak bagitau yang game ni tak seperti game online yang lain. Aku jamin 10 minit pertama korang main game ni, korang akan blur. Tu kira bernasib baik la kalau 10 minit je korang blur. Contoh kalau macam aku, 2 hari baru aku tau nak buat apa. Tu pun sebab ada orang yang tolong. (-_-“)

 

 

Introduction Eve Online Tyrannis Trailer:

 

 

 

Jom kita tengok pasal level kat dalam game ni.

 

Tidak seperti kebanyakan game online yang lain, korang perlu bunuh musuh-musuh kita untuk mendapatkan “experience point” untuk menjadi kuat. Seriously, game ni bukan macam tu. Untuk menjadi kuat (mostly orang nak jadi kuat la dalam ni), korang kena training skill dalam waktu sebenar kehidupan kita. Tak perlu nak bunuh-bunuh musuh untuk jadi kuat. Maksudnya, kalau korang nak menguasai sesuatu benda. Sebagai contoh kalau korang nak pakai kapal perang yang lebih besar, korang kena beli buku skill yang dah direcommended. Dan untuk menguasai skill tersebut, korang kena tunggu selama beberapa minit ataupun berjam-jam dan ada yang makan masa berminggu-minggu. Bergantung pada ke”power”an buku skill tersebut. So, tak hairan la kalau korang tengok dalam game ni ada yang main sampai 4 atau 5 tahun. Siapa yang main game ni sampai bertahun-tahun, aku memang respect la. Tu baru dinamakan gamer sejati. Lagipun diorang ada bagitau. Sekali korang addicted dengan game ni, korang tak kan patah balik. (^_^)

 

 

Gameplay dia.

 

Gameplay Eve Online ni adalah antara salah satu keunikan game ni berbanding game yang lain. Ok.. Aku bagi contoh game World of Warcraft (WoW) untuk perbandingan kali ni ye. Gameplay WoW dan game-game fantasi yang lain kebanyakannya adalah ‘linear’. Kita tau mana satu kita nak pergi dan mana satu musuh yang sepatutnya kita bunuh. Betul kan? Kebanyakannya memang pemain minat gameplay yang macam ni kan. Ye tak?

 

Untuk game Eve, pertama sekali apabila korang join game ni, korang bebas nak buat apa yang korang nak. Ia tak tertumpu pada satu bidang. Korang boleh jadi kuat dan membuat satu empayar, jadi kaya, trader (jual beli) yang boleh mengaut keuntungan berjuta-juta & berbilion, hacker (bidang ni aku tak faham sangat), ataupun jadi seorang lanun. Terpulang pada korang k. Tapi, semua ni korang kena training skillnya dahulu. Yang pastinya, tiada ‘bahagian puncak’ untuk game ni. Ye la kan. Kalau korang rasa dah kuat sangat, ada lagi yang lebih kuat. Yang bermain game ni bukan hanya seorang dua je pada waktu masa yang sama. Terdapat 20,000 hingga ke 40,000 orang lebih yang online pada waktu yang sama.

 

Game ni umpama mengadaptasikan kehidupan sebenar kita ke dalam game ni. Game ni adalah yang paling ‘kompleks’ pernah aku jumpa setakat ni. Dan ke‘kompleks’kan ni la yang membuatkan game ni unik. Tak seperti game lain, korang akan rasa jemu kalau dah sampai ke ‘bahagian teratas’ game tersebut. Disebabkan game ni tiada ‘bahagian puncak’, inilah yang menyebabkan pemain akan terus menerus untuk mencapai matlamatnya. Ada yang dah bermain 1 tahun lebih pun mengakui yang dia tidak dapat menguasai dan mengetahui sepenuhnya mengenai item-item yang terdapat dalam game ni.

 

war eve online

 

 

Siapa musuh kita di dalam Eve?

 

Siapa musuh kita di dalam game Eve ni? Adakah member-member dari Caldari? Gallente? Minmatar? Ataupun Amarr (kaum-kaum yang terdapat dalam game ni)? Atau adakah lanun-lanun yang sering membuat kekacauan di dalam game tersebut? Ya. Mungkin mereka adalah salah satu musuh kita. Ataupun kita boleh jugak menjadi musuh orang ramai dengan menjadi seorang lanun.

 

Aku sendiri pun tak tau yang mana satu musuh aku. Semua orang boleh menjadi musuh aku kecuali orang-orang yang aku percayai sahaja. Tiada istilah ‘satu musuh besar’ dalam game Eve ni.

 

 

Jaringan sosial.

 

Melalui game ni, korang boleh buat ramai kawan dan musuh. Tidak semua orang yang terdapat dalam game Eve ni jahat ataupun baik. Untuk mencari kawan-kawan baru, korang kena la rajinkan diri untuk chatting di ruangan chat. Disebabkan game ni kebanyakannya terdiri dari orang-orang Eropah, secara tidak langsung bahasa inggeris korang akan improve. Kalau tak faham, kita kena rajin bertanya la kan. Kalau tak, kita duduk la di bawah tempurung sorang-sorang. (^_^)

 

 

Graphic.

 

Graphic game ni memang aku bagi thumb up la. Kena pulak dengan graphic card pc yang power-power, memang korang akan rasa berada di dalam angkasa la. Kehkeh.. Memang superb. Kualiti planet-planet, kapal-kapal dan solar sistem memang diorang buat dengan teliti. Memang cantik la.

 

Last sekali, bagi sesiapa yang dah berbulan-bulan main game ni dengan ‘corporation yang bagus’. Pasti akan addicted dengan game ni sampai bila-bila.

 

perang eve online

 

 

Bagi yang nak try game ni, korang boleh download client dia kat sini dan installkan. Eve Download

 

Lepas tu create account kat sini. Account trial 14 days

 

(Kalau saper-saper nak trial selama 21 hari, boleh la tinggalkan email yang korang nak daftar tu kat ruangan pertanyaan k. Nanti aku akan invite korang. Oh ya.. Lepas je tamat trial, account korang akan mati. Untuk sambungkannya, korang kena beli plex (benda yang membolehkan korang main secara free dalam game ni selama 30 hari) ataupun beli pakai kredit kad.

Untuk plex ni, ada orang dalam corporation aku bersetuju untuk beri secara percuma untuk sebulan yang pertama. Dan selepas itu, korang kena kumpul duit sendiri la k (duit dalam game, bukan duit betul-betul). Kalau tak cukup duit lepas tu, ada je orang yang nak tolong. Tapi sekadar yang termampu la. Cara mudah nak kumpul duit, korang kena rajin buat mission kat dalam tu. No problem la kan.)

 

p/s Memang best kalau korang main dengan orang putih. Diorang komited kalau nak buat kerja walaupun sekadar game. Time diorang nak selamatkan aku, rasa dalam operasi menyelamat pulak. Semua serius dengan peranan masing-masing. (^_^)

 

p/s Bukan laki je main game ni tau. Perempuan pun ada jugak. Boleh la korang usha-usha awek. Kehkeh..





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :