gravatar

Panggilan percuma beberapa minit setiap hari menggunakan Tuitalk

by shuko

Tuitalk Logo

 

Salam sejahtera semua! Lama dah aku tak update blog lantakos ni ye. Agak janggal rasa time aku taip sesuatu kat keyboard ni. Memandangkan semalam cabaran negara Malaysia kat Piala Thomas dah berakhir, aku rasa ramai yang bersedih time ni. Biasa la tu kan. Orang cakap, menang kalah memang dah adat permainan. Tapi, kalau boleh kita nak negara kita menang la kan. Ok, kita cerita pasal lain pulak k. Kita cuba 4 tahun yang akan datang pulak.

 

Sejak beberapa hari ni, pengunjung blog ni kebanyakannya datang dari luar Malaysia. Tak lain tak bukan, sebab nak tengok Piala Thomas secara live a.k.a streaming. Jadi, ada baiknya aku kongsikan satu software yang berguna untuk tuan-tuan dan puan-puan yang berada kat luar negara ni ye. Nama software ni adalah Tuitalk.

 

Anda boleh download software ni kat sini. Tuitalk Download

 

Software yang aku nak kongsikan kali ni adalah mengenai panggilan percuma ke beberapa negara melalui internet. Tapi untuk kali ni aku khususkan penggilan percuma ke negara Malaysia k. Untuk anda yang ingin melihat negara yang berada di dalam list panggilan percuma software ni, boleh la layari Tuitalk Countries.

 

Bagaimana software ni boleh free dan tak berbayar? Software ni dapat offer panggilan percuma kepada kita disebabkan advertiser a.k.a pengiklan. Setiap kali anda membuat panggilan telefon, anda akan disajikan ‘short video ads’ (video iklan pendek) selama beberapa saat (paling lama adalah 30 saat) dan ‘banner ads’ (iklan banner) semasa anda sedang bercakap dengan teman anda. Pengiklan-pengiklan ni la yang support panggilan percuma anda. So, rajin-rajin la diri anda untuk klik iklan-iklan kat situ sebagai tanda berterima kasih k. (^_^)

 

Tuitalk Preference

 

Berapa lama anda boleh membuat panggilan percuma ni? Panggilan ke setiap negara adalah berbeza tapi aku hanya akan khususkan Malaysia je k. Untuk panggilan ke Malaysia, satu akaun dapat membuat panggilan selama 6 minit ke telefon rumah dan 4 minit ke telefon bimbit. Sehari anda boleh membuat 3 panggilan untuk satu akaun. So, dalam sehari untuk panggilan ke rumah, anda boleh bercakap selama 18 minit sehari dan 12 minit untuk panggilan ke telefon bimbit. Sekarang aku dah ada 20 lebih akaun. Kalau 20 akaun, aku dapat membuat panggilan selama 6 jam ke rumah dan 4 jam ke telefon bimbit setiap hari. (n_n)

 

Akaun anda tak ada limit. Kalau dah sign up, jangan buangkan k. Simpan baik-baik. Sebab akaun anda akan direfresh setiap hari pada jam 12 malam (GMT –8 hrs) bersamaan pada jam 4 petang waktu Malaysia. Lepas je jam 4 petang, contohnya jam 4.01 petang, anda dah boleh membuat 3 panggilan percuma balik untuk hari tu.

 

Anda boleh sign up akaun kat sini. Join Tuitalk. Satu email dapat support satu akaun. So, kalau nak buat banyak-banyak akaun. Kena la ada banyak email. Hehe.. Kalau malas nak buat banyak email, ada je cara lain. Tapi, aku tak tau la masih boleh ke tak pakai cara tu. Nanti la aku update pada post-post yang akan datang k. Harap bersabar la k. Sebab aku ni jenis jarang update. Minta maaf. (-_+“)

 

Updated: Cara buat email

 

Aku lupa nak bagitau. Nombor start dari 0145xxxxxx a.k.a 0060145xxxxxx tak boleh dail. Cari nombor lain la k kalau nak panggil jugak.

 

p/s Aku baru cakap dengan mak ayah aku semalam pakai software ni. Rasa nak balik Malaysia la pulak tahun ni. Sedih2..





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :