gravatar

Convert video dan lagu menggunakan perisian Super

by shuko

Super Logo

 

Salam kepada semua pengunjung blog ni. Semoga korang semua sihat-sihat selalu. Kalau tak sihat, makan ubat k. Setiap penyakit ada penawarnya kan. Ok.. Hari ni aku nak share ckit pasal converter k. Aku syorkan korang yang suka convert-convert video & lagu ni supaya menggunakan software Super keluaran eRightSoft ni. Pada pendapat aku, software Super ni adalah converter terbaik yang pernah aku cuba. Hope korang pun camtu juga k. (^_^)

 

Kelebihan software Super ni, korang boleh convert video ataupun lagu korang ke mp3, mp4, 3gp, mov, flv, mkv, avi & banyak lagi. Tak dapat aku nak list banyak-banyak kat sini. Huhu.. Di bawah ni nanti, aku akan tunjukkan cara-cara menggunakan software Super ni k. Diharap tunjuk ajar yang aku bagi nanti akan memudahkan korang yang baru mencuba software ni.

 

Sebelum tu, korang boleh download software Super ni kat sini k. Download Super

 

 

Cara-cara penggunaan:

 

Step 1: Bagi yang 1st menggunakan software ni, aku galakkan korang untuk set tempat korang nak save video & lagu yang dah diconvert ni dulu k. Korang buka software ni & klik butang M ataupun right click kat software ni. Lepas tu, klik Output File Saving Management.

 

Output file saving Super

 

 

Step 2: Uncheck kotak kecil “Save Each Output File In Its Respective Source File’s Folder/Directory”. Lepas tu korang pilih la kat mana korang nak save video & lagu korang ni nanti. Contoh yang aku buat, aku buat satu folder khas untuk save video & lagu ni kat drive D.

 

Save file super

 

 

Step 3: Ok. Kita mulakan sesi convert pulak. Korang cari video & lagu yang korang nak convert tadi & drag file tersebut ke dalam software ni k.

 

Drag file super

 

 

Step 4: Lepas tu, pilih format baru bagi video & lagu yang korang nak convert ni. (betul ke ayat aku ni?) Contoh: Kat bawah ni aku nak convert ke mp3.

 

choose format convert super

 

 

Step 5: Step ni boleh skip k. Ni bagi sesiapa yang nak potong lagu & video dan yang nak adjust volume nak bagi besar @ kecil. Korang klik kat Other Opts & buat la apa yang korang nak dalam tu.

 

Trim file super

 

 

Step 6: Ok. Kita mulakan proses convert. Klik Encode (Active Files) dan biarkan proses convert ni sampai habis k.

 

Convert encode file super

 

 

Step 7: Ok. Dah habis. Korang buka la kat mana korang save file tu tadi k. Contoh yang aku buat, aku save kat folder khas kat dalam drive D. Aku juz cari kat dalam sana. Aku dah bagitau cara nak set tempat file yang dah diconvert kat atas ni tadi.

 

Korang boleh dengar lagu yang dah aku convert kat bawah ni. Dari format flv ke mp3. Lagu ni dijamin best bagi peminat lagu korea. Best x? (^_^)

 

 

 

Aku pakai software ni untuk convert lagu..korang pulak?





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :