gravatar

Mari kita sama-sama menjayakan Kempen Ribbon Blogger - We Care untuk membantu En. Megat

by shuko

Kempen Ribbon Blogger - We Care 

Salam kepada pengunjung-pengunjung blog ini, ini adalah satu entri khas bagi menjayakan Kempen Ribbon Blogger - We Care. Bagi sesiapa yang belum mengetahui kempen ini, silalah baca untuk mengetahuinya lebih lanjut & kalau boleh, marilah kita bersama-sama menjayakannya. Kempen ini diadakan bagi membantu meringankan penderitaan saudara En. Megat serta keluarganya. Anda boleh ikuti kisah penderitaan En. Megat di dalam entri beliau Tangisan Aku, Isteri Dan Anak-Anak.

 

Kempen ini adalah hasil dari keprihatinan En. Hydir yang meminta semua blogger di Malaysia meletakkan ribbon di atas (contoh di sidebar blog ini) di dalam blog masing-masing sebagai tanda keprihatinan anda terhadap penderitaan yang berlaku kepada En. Megat. Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akan menyumbang RM1 kepada En. Megat sumber dari penaja kbsoccernet. Anda boleh lawati blog En. Hydir untuk mengetahui maklumat secara lengkap bagaimana cara kempen ini dijalankan.

 

Bagi para pengunjung yang tidak mempunyai blog atau para blogger yang ingin menyumbang secara terus, anda boleh salurkan kepada:

 

No Akaun CIMB – 0123 0015 4575 21
No Akaun Maybank – 1010 7541 8124
Nama Penuh – Faisal Amirul Othman

 

Semoga sumbangan & usaha kecil kita ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah serta diberikan ganjaran pahala oleh-Nya. Mari kita bersama-sama membantu antara satu sama lain yang memerlukan pertolongan kita.

 

#Anda diminta untuk membiarkan ribbon ini selama seminggu di blog masing-masing sehingga 17 Jan 2010.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :

gravatar

thanks support kempen Blogger We Care

gravatar

sama2..en. hydir..dh jd tggungjwp saye utk mnyokong kempen ni..

gravatar

ko nanyak aku camnie molah form ya ? owh form ya aku just guna plug in jak blog aku ya dibawah under cms wordpress jadi senang bah nak ko nak ubah apa-apa