gravatar

'Freeze'kan touchpad anda ketika menaip dengan TouchFreeze

by shuko




Bagi pengguna-pengguna laptop di luar sana, pastinya pernah mengalami kesukaran touchpad tersentuh ketika sedang menaip sesuatu di laptop anda. Kebiasaan yang selalu terjadi ialah ketika anda sedang menaip sesuatu di Microsoft Word.

Sedang anda asyik menaip sesuatu di keyboard anda, secara tidak sengaja tapak tangan anda tersentuh touchpad mengakibatkan ayat yang anda ingin taip selepas itu tidak berada di tempat yang sepatutnya. Dengan menggunakan utitily TouchFreeze ini, masalah ini dapat diatasi dengan mudah. Utility ini akan membekukan touchpad ketika anda sedang menaip sesuatu dan touchpad akan kembali beroperasi seperti biasa selepas beberapa saat anda selesai menaip huruf yang terakhir.



Saiz utility ini tidaklah begitu besar, hanya 250kb. Ringankan? Anda hanya perlu installkan nya dan biarkan ia load at system startup. Anda tidak perlu setting benda lain. Hanya install dan anda sudah boleh menggunakannya selepas itu. Utility ini adalah dikhaskan untuk pengguna Windows dan aku tak pasti ia boleh digunakan di Linux atau tidak. Anda cubalah sendiri dan kongsikan pengalaman anda untuk kebaikan bersama di bawah ini.


Link untuk download TouchFreeze


p/s Tinggalkan komen korang untuk kebaikan bersama k.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :