gravatar

CDBurnerXP: Software percuma untuk burn CD & DVD

by shuko




Pada kali ini, bagi sesiapa yang tidak mempunyai software burner ataupun ingin mencuba burner selain dari Nero, aku cadangkan korang menggunakan CDBurnerXP sebagai alternatif burner. Pada pandangan aku, CDBurnerXP merupakan antara burner yang terbaik selain dari Nero. Nero mempunyai banyak fungsi-fungsi yang canggih tapi sayang nya software Nero terlampau berat untuk disimpan di dalam pc yang mempunyai spec yang rendah.

Antara sebab-sebab aku syorkan korang menggunakan software CDBurnerXP adalah:

  1. CDBurnerXP dapat burn semua jenis disc.
  2. Ia juga dapat burn atau membuat fail jenis ISO.
  3. Boleh verify data selepas selesai proses burning.
  4. Ia terdapat dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa melayu.
  5. Dapat membuat bootable disc seperti disc Windows XP.
  6. CDBurnerXP dapat digunakan di dalam windows 2000, XP, 2003 Server, Vista, 2008, Windows 7.
  7. Dapat convert fail jenis bin atau nrg kepada fail jenis ISO.

Banyak lagi kelebihan yang terdapat dalam CDBurnerXP ini, jadi korang cuba & explore sendiri k. Software CDBunerXP juga ringan, saiznya dalam lingkungan 4MB & sangat menjimatkan ruang hard disk. Jika dilihat dari kelebihan-kelebihan yang dicatatkan di atas, CDBurnerXP tidak kurang hebat dengan software Nero & yang penting sekali ia adalah percuma.

Paparan-paparan rupa bentuk CDBurnerXP:






Korang boleh download software CDBurnerXP kat sini: Download CDBurnerXP

p/s Kalau ada burner lain yang bagus. Bagitau kat bawah k.





Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :